Showing posts with label random. Show all posts
Showing posts with label random. Show all posts

Friday, 5 April 2013

Song Of The Day : Pesan Cinta (Afgan)

Haishh...this week, 3 kali aku terjumpa Afgan...
Murah rezeki namanya tu...Lucky me huh?
Dan hari ini terngiang-ngiang lagu baru beliau "Pesan Cinta" yang sangat catchy itu

Eh, lupa nak bagitau kat mana aku jumpa Afgan...
1st time jumpa hari selasa...semalam jumpa 2 kali...
Katanya nak promosi album baru...ntah apa tajuknya, tak ingat pulak...

Jumpa dalam TV la...bwahahaha...
Yang hari selasa tu kat rancangan Meletop
Semalam kat Wanita Hari Ini & Bukan Empat Mata (Channel 141, dalam pakej Indo Pek)

Jom layan....



Merah pipi ini saat ku lihat dirinya
Mungkinkah ini yang dinamakan cinta
Malu hati ini saat ku tatap wajahnya
Mungkinkah ini yang dinamakan cinta
Tapi ku malu tuk mengatakan pada dirinya
Oh Tuhan tolong aku sampaikan pesan ini padanya
Agar dia tahu bahwa kini aku jatuh cinta
Oh Tuhan bantu aku temukan cara tuk mendapatkan dia
Karena kini ku telah jatuh cinta
Malu hati ini saat ku tatap wajahnya
Mungkinkah ini yang dinamakan cinta
Tapi ku malu tuk mengatakan pada dirinya
Oh Tuhan tolong aku sampaikan pesan ini padanya
Agar dia tahu bahwa kini aku jatuh cinta
Oh Tuhan bantu aku temukan cara tuk mendapatkan dia
Karena kini ku telah jatuh cinta

(rasa cinta, saat ini ku hanya)
(tapi ku malu pada dirinya)
Tolong aku sampaikan pesan ini padanya
Agar dia tahu bahwa kini aku jatuh cinta
Oh Tuhan bantu aku temukan cara tuk mendapatkan dia
Karena kini ku telah jatuh cinta
Ku telah jatuh cinta (ku jatuh cinta pada dirinya)
Yeeaah (ku jatuh cinta pada dirinya)

Hugs & Kisses

Wednesday, 3 April 2013

K.A.H.W.I.N


K . A . H . W. I . N
Apa pendapat anda tentang perkahwinan??? 

Mungkin ada yang cakap "Oh, kahwin sekali seumur hidup, kalau boleh nak majlis yang grand, memorable dan sentiasa dalam ingatan" atau mungkin ada yang berpendapat "eh, buat apa nak buat besar-besaran sampai kena buat loan bagai, kang esok-esok anak dah sekolah, hutang loan kahwin tak habis bayar lagi"


Apa juga pendapat dan pandangan kamu semua...
TEPUK DADA, TANYA IMAN

Sebelum tu, jom baca ceritera menarik ini. Aku copy paste dari facebook. Terima kasih kepada penulis cerita ini. Sesuatu yang boleh kita renung dan fikir-fikirkan.

Dear someone and someone out there, PLEASE read this storyyy:'D

Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah. Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening?
Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.
Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.

Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.
Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

"Seganlah. Nanti orang kata apa."
"Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran."
Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.

Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.
Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!!
Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta.

Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.
Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda.

Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.
Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.
Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

"ukur baju dibadan sendiri"

Hugs & Kisses

Sunday, 3 March 2013

Ceritera Sabtuday


Yeayyy!!!!

Ni la hari yang ditunggu2...no office, no work, no boss

I'm boss now...at home ;)

Duduk melepak kat umah, makan, tido, makan, tido....


Spend time with my little man yang akan menginjak usianye 1 year by end of this month *clappp, clappp* Alhamdulillah.... 

Walaupun weekend, masakan tu takde la nak ala-ala hotel sgt...menu biase sahaja....


sup tulang 


makan bersama sayur bendir rebus dan timun mentah :)


yang dicicah bersama air asam... Phewwww, meleleh ayak liuq!



Lepas tu, petang pergi belanja barang dapur kat econsave...



Anak dan bapak sibuk memilih buah epal....yang little man tu pun bijak jugak nak tolong bubu die...mcm byk sgt nak memborong, walhal 5 bijik jek...



ikan merah yang sgt sgt besar...tp tak sihat *tgk la tu, mate die da merah*




Sekian utk ceritera sabtuday yang membosankan....

K...Bye!

Hugs & Kisses

*Pic 1st adalah sumbangan encik google*
*Other pics adalah tajaan sendiri, hanye menggunakan kamera cap ayam...kualiti?? Paham2 jek la* 

Friday, 1 March 2013

Permulaan Entri


1 Mac 2013 bersamaan dengan 18 Rabiulakhir 1434

Bersamaan dgn 1st day aku bergelar blogger. Wahhh…..currlasss kau mak! Hikhikhik *ye, aku tahu, yang sebenarnya aku sudah ketinggalan zaman L *



Aku ni bukanlah blogger tegar yg mampu nak update entri hari2, setiap masa atau ketika… just go with the flow…kalau rasa ade cerita yg nak distory-morykan, then adelah entri baru… kalau tidak, tinggallah engkau berseorangan tanpa peneman….huaaaaa!!! belum ape2 lagi da sutik aura negative…hehehe… namooo, namooo, namooo….suhhh, suhhh pergi jauh2 J

Kenapa  sethemaad.blogspot.com???

sebenor2nye aku nak letak name blog aku ni "sayepunyesuke.blogspot.com", tapi encik blogger ni kata tak available...awat plak? cheq tak tau la...

so second choice is sethemaad...

Kenapa ek???  

Sebabnye……

Sayepunyesuke lah nak letak name ape…
Sayepunyesuke lah sbb saya tuan tanah….
Sayepunyesuke lah nak cerita pasal ape….
Sayepunyesuke lah nak update ke tidak…
Sayepunyesuke lah….
Sayepunyesuke lah….
Sayepunyesuke lah….
………….
………….
………….


Last but not least…
Sayepunyeeeelahsuke sebab saya dah ade belog!!! dengan ini, maka lahirla sethemaad.blogspot.com secara rasmi pada hari ini jam 2330




K…bye

- Hugs & Kisses -

* gambar2 kat atas tu ihsan dr encik google...thank you. Sharing is caring*