Tuesday, 14 May 2013

Apa Kata Anda?

Entri sebelum ni dah story mory pasal BBplus features

Hari ni nak share daripada beberapa pengguna yang berpuas hati dgn product ni. Multi-purpose product...

1. As a booster to produce much more milk

2. Mengurangkan rekahan di bahagian kaki

 3. Merawat kulit yang kering

4. Menganjalkan kulit

5. Menghilangkan kedutan di bawah mata (seriusly no edit, no filter)

Ermmm...bestkan tengok diorng semua ni.
Jom kita try sama2 dan cantik sama2 ;-)



Minngu ni tgh ada promosi penjimatan yang sgt hebat...

BELI 3 kotak, PERCUMA 1 kotak!!!!
HARGA 3+1 = RM450 sahaja
(satu kotak jatuh pada harga RM112.50)
GILER MURAHHHHH...

Harga biasa RM180 sekotak
Jom grab cepat...
HOT ITEM!!! Sold out lebih 700 kotak dlm masa 2 hari...
mariii....mariii....

For details, sms/call 017 774 3109
 Cepat....Cepat....

Hugs & Kisses

Friday, 10 May 2013

BBplus Collagen

Collagen... oh, macam goreng pisang panas ye sekarang ni 

Ada macam2 jenis...yang murah, yang mahal...
Berbagai jenama dan rupa...
Besar, kecik, bulat, lonjong...hehehe...
Pil, serbuk, cecair, suntik...

Pilih la mana yang kita suka
Fuhhh...memang banyak la kan...
Kadang2 tak tau mana yang bagus, mana yang tidak...

MEMPERKENALKANNNN!!!!!!!!!! 

V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V

 BB PLUS COLLAGEN
Paling bagus, berkesan, sedap (mcm Ribena)

 Ha, pernah terjumpa tak?? especially di FB....Pernah kan...
But dah try tak? APA???? Belum!!!
Haish, rugi besar tu....sangat rugi...
meh nak share sikit info berguna 
(mmg pjg okeh...but sila baca, takmo ngelat2, ilmu nih!! especially untuk yang mengutamankan kesihatan dan nak muda remaja...cewahhh)

Penuaan merosakkan kolagen dan seterusnya merosakkan kulit. Kolagen membentuk 70% daripada lapisan dermis kulit. Ia adalah bahan utama dalam kulit, tulang, rawan dan pelbagai tisu penghubung di dalam badan kita. Kolagen membantu pertumbuhan semula kulit baru serta mengekalkan kelembutan kulit. Di dalam sendi rawan, ia berfungsi sebagai kusyen untuk mengurangkan bebanan terhadap sistem struktur badan terutama pada pinggul, sendi dan lutut.


Faktor penuaan luaran dan dalaman boleh merosakkan fiber protein, fibroblas dan vitamin yang diperlukan untuk merangsang penghasilan kolagen. Kekurangan kolagen adalah antara faktor penyebab terjadinya proses penuaan kulit.



BBplus Collagen mengandungi peptida collagen yang tinggi untuk menganti dan membina semula rantaian collagen yang diperlukan. Menjadikan kulit lebih anjal, lembab, tegang, gebu, dan menawan.

BBplus Collagen diformulasi untuk merangsang pengeluaran collagen pada kulit bagi mengembalikan keremajaan dan kehalusan kulit secara menyeluruh.

KANDUNGAN:

** Collagen ikan terhidrolisis
Dihasilkan daripada 5000mg colagen ikan terhidrolisis untuk memberikan penyerapan yang terbaik.
Mengekalkan kecantikan kulit

** Ekstrak biji anggur dan Vitamin C
Untuk melindungi rantaian collagen

**Inulin
 Bahan alami yang ditemukan dalam lebih dari 35.000 tumbuhan dan sayuran di seluruh dunia. Risiko reaksi alergi atau tidak sesuai ske atas pengambilan inulin sangat minima. 

**Serbuk jus blackcurrant
Sebagai anti oksidan
Melindungi tubuh dari infeksi dan penyakit
Memperbaiki peredaran darah dalam badan
Membantu pembaruan sel
Baik untuk mata
Sumber energi dan pembersih darah yang sempurna

** Serbuk jus rosselle
 Melambatkan proses penuaan M
Meminimakan kerosakan yang dimusnahkan oleh radikal bebas 
Mengatasi masalah penyakit kulit 

** Serat epal
melambatkan proses penuaan
 menghalang salur darah daripada tersumbat
melambatkan kita dari berasa lapar

** Isomaltuslsos
karbohidrat unik yang dapat menghasilkan glukosa dan memberikan energi 
menstabikan gula dalam darah.

** Sukralos
adalah pemanis buatan.


7 HASIL TERBAIK:
1. Kulit wajah lebih berseri dan cerah
2. Kulit lebih anjal dan tegang
3. Kulit lebih halus dan gebu
4. Kulit lebih lembab
5. Kulit lebih licin dan kurang garis halus
6. Kulit lebih cepat sembuh dan pulih
7. Kuit kurang kerosakan akibat sinaran matahari


BAGAIMANA BBplus BERTINDAK:

1. Memulih (repair)
Menggalakkan pembersihan mikro, menggantikan peptida coolagen bagi rantaian collagen yang telah rosak dan lemah

2. Membina (rebuild)
Menguatkan dan  melindungi rantaian collagen dengan antioksida

3. Memperbaharui ( renew)
Menggalakkan pertumbuhan dan penghasilan sel collagen baru.


CARA PENGAMBILAN:

1. Bancuh daam 150ml air sejuk/suhu bilik
2. Goncang dan terus minum

** tak perlu campur dengan jus.


TIDAK SESUAI BAGI;

1. Pengidap buah pinggan
2. Sesiapa yang menjalani dialisis
3. Vageterian
4.  Sesiapa yang allergic seafood



RM180 per box (20 sachets)
or pada sesiapa yang nak cuba2 rasa, boleh beli loose pek
5 sachets = RM50
or nak lagi best price?
sms or call 017-7743109
pm kat FB pun boleh


Keberkesanan yang sudah terbukti...
Bukan janji, tapi pasti...
(ceh, da macam pantun 2 kerat)

Hugs & Kisses



Monday, 8 April 2013

Kejadian Yang Tak Disangka-sangka


Isnin, 8 April 2013

Situasi – Boss aku minta tolong buatkan sesuatu *sesuatu yang tidak menyalahi agama atau undang²*
Kami berkerja in the same building, tapi berlainan floor.
Aku dan boss di tingkat 3
Abang R kat tingkat 1.

Begini kisahnya….

Boss : Izza, please help me to do this *sambil passing few documents*

Me : Ok

Lantas aku menghayun langkah menuruni anak tangga
Sesampai di kaunter (tingkat 1)

Me : Bang, tolong buatkan ni *sambil tunjuk documents*

Abang R : Saya da panggil next customer, tadi awak tak nak cakap *saya baru je sampai bang, takkan
                la tiba² saya nak cakap dari tadi*

Me : (dalam hati - ye la bang, saya tunggu)

Selepas 2 minit (Kejap je)

Abang R : Meh. *sambil ambil documents* Siapa punya ni?

Me : Boss

Abang R : En (dot dot) ni, 1 Malaysia kenal dia ke?

Me : Ye ke, kenapa? *blurrr*

Abang R : Kenapa dia tak nak buat sendiri?

Me : (Errkkk – just smile)

Abang R : You officer kan?

Me : Yes

Abang R : You buat apa ye kat atas? Orang kat bawah ni kerja macam nak mati

Me : (Errkkk – just smile) *again*

Bila da settled everthing, aku says thank you and blah sambil tersenyum.

Points of the day:
1. Mereka tak nampak kerja apa yang kita dah buat, TETAPI mereka nampak apa yang kita tak buat. Senang cakap, salah orang nampak, salah sendiri tak tahu/sedar.
2. Don’t judge a book by its cover *blueekkk…da nak termuntah dengar pepatah ni, TETAPI memang itulah hakikatnya* Nampak je pendiam, tapi mulut…nauzubillah…
3. Negative people enjoy arguing. Just let it be. Smile and walk away. Tataaa…
4. Don’t forget to say thank you. Nak sound, sound la bang…apapun terima kasih sebab abang tetap tolong saya. Harap² ada keikhlasan di hati abang *palmface*
5. Hoi…kau punya mati je la yang kau tau, aku punya mati ada kau ambik kesah *sambil angkat tangan, tunjuk siku*
6. Dan sebenarnya……. *aku sentap, perasaan yang aku tak sangka timbul*

Hugs & Kisses



Friday, 5 April 2013

Song Of The Day : Pesan Cinta (Afgan)

Haishh...this week, 3 kali aku terjumpa Afgan...
Murah rezeki namanya tu...Lucky me huh?
Dan hari ini terngiang-ngiang lagu baru beliau "Pesan Cinta" yang sangat catchy itu

Eh, lupa nak bagitau kat mana aku jumpa Afgan...
1st time jumpa hari selasa...semalam jumpa 2 kali...
Katanya nak promosi album baru...ntah apa tajuknya, tak ingat pulak...

Jumpa dalam TV la...bwahahaha...
Yang hari selasa tu kat rancangan Meletop
Semalam kat Wanita Hari Ini & Bukan Empat Mata (Channel 141, dalam pakej Indo Pek)

Jom layan....



Merah pipi ini saat ku lihat dirinya
Mungkinkah ini yang dinamakan cinta
Malu hati ini saat ku tatap wajahnya
Mungkinkah ini yang dinamakan cinta
Tapi ku malu tuk mengatakan pada dirinya
Oh Tuhan tolong aku sampaikan pesan ini padanya
Agar dia tahu bahwa kini aku jatuh cinta
Oh Tuhan bantu aku temukan cara tuk mendapatkan dia
Karena kini ku telah jatuh cinta
Malu hati ini saat ku tatap wajahnya
Mungkinkah ini yang dinamakan cinta
Tapi ku malu tuk mengatakan pada dirinya
Oh Tuhan tolong aku sampaikan pesan ini padanya
Agar dia tahu bahwa kini aku jatuh cinta
Oh Tuhan bantu aku temukan cara tuk mendapatkan dia
Karena kini ku telah jatuh cinta

(rasa cinta, saat ini ku hanya)
(tapi ku malu pada dirinya)
Tolong aku sampaikan pesan ini padanya
Agar dia tahu bahwa kini aku jatuh cinta
Oh Tuhan bantu aku temukan cara tuk mendapatkan dia
Karena kini ku telah jatuh cinta
Ku telah jatuh cinta (ku jatuh cinta pada dirinya)
Yeeaah (ku jatuh cinta pada dirinya)

Hugs & Kisses

Wednesday, 3 April 2013

K.A.H.W.I.N


K . A . H . W. I . N
Apa pendapat anda tentang perkahwinan??? 

Mungkin ada yang cakap "Oh, kahwin sekali seumur hidup, kalau boleh nak majlis yang grand, memorable dan sentiasa dalam ingatan" atau mungkin ada yang berpendapat "eh, buat apa nak buat besar-besaran sampai kena buat loan bagai, kang esok-esok anak dah sekolah, hutang loan kahwin tak habis bayar lagi"


Apa juga pendapat dan pandangan kamu semua...
TEPUK DADA, TANYA IMAN

Sebelum tu, jom baca ceritera menarik ini. Aku copy paste dari facebook. Terima kasih kepada penulis cerita ini. Sesuatu yang boleh kita renung dan fikir-fikirkan.

Dear someone and someone out there, PLEASE read this storyyy:'D

Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah. Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening?
Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.
Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.

Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.
Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

"Seganlah. Nanti orang kata apa."
"Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran."
Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.

Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.
Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!!
Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta.

Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.
Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda.

Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.
Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.
Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

"ukur baju dibadan sendiri"

Hugs & Kisses

Cara Meningkatkan Mutu,Gaya & Keunggulan Bahasa Inggeris :-)


Assalamualaikum…

2nd April 2013… How time flies. 1st quarter has gone and hopefully it’s going well.

Hari ni nak share macam mana cara aku belajar untuk tingkatkan bahasa Inggeris. Belajar secara informal melalui pemerhatian/pembacaan. Nak kata “tip-top” tu memang tak la… sangat-sangat jauh lagi. Bahasa Melayu pun adakalanya berterabur entah kemana… Rasanya macam tak tercapai, tapi aku masih belajar untuk menambah vocabulary aku dan sedang berusaha untuk membetulkan grammar…past tense, present tense, simple future tense dan lain-lain tense yang masih lagi tunggang terbalik. So, jangan aku yang “tension” sudah…Hehehe. And I’m measured by my own, out of 10, my level is at number 2 (maybe). Yeahhh…wish me luck to reach another level. This is what I do…

1. Media Social (Facebook, Twitter, Instagram, Blog etc)
Ya, memang terlalu banyak media social nowadays. Paling cikai pun mesti ada akaun Facebook or Twitter. Kalau segala benda nak sign-up, kadang-kadang rasa tak ter”update”. Setakat scroll atas bawah, baca status/tweet orang lain, itu mungkin kita mampu lakukan hari-hari (statement ini lebih terarah kepada tuan tanah ini J) . Ramai selebriti kat Malaysia ni bagus berbahasa Inggeris. Contoh Lisa Surihani, Adibah Noor, Hanis Zalikha, Sazzy Falak, Dr Harlina (dan ramaiiii lagi, hanya menamakan beberapa orang sahaja). Everytime baca status/tweet mereka, yang mana aku rasa menarik dan boleh diguna pakai semula, aku akan tulis dalam buku. Bukan setakat tulis sahaja, aku akan research macam mana mereka menggunakan grammar, pengunaan ‘s’ (jangan pandang enteng). Kalau ada perkataan yang tak faham, aku akan rujuk kamus.
Aku juga pembaca setia blog Dr Halina, (www.barelysupermommy.com). Ayat beliau sangat simple dan mudah difahami. Let’s follow her on twitter, instagram and keek also (this is not a promotion…hehehe). And another blog is rnadiasabrina.blogspot.com Sangat-sangat suka cara penulisan beliau. Let’s check it out!!!

2. Kamus
Beli pocket dictionary dan bawa ke mana sahaja. Kecil dan ringan. 


Tapi kadang-kadang kita tertinggal/terlupa nak bawa. Nobody perfect kan?? Don’t worry. Kita boleh download macam-macam dictionary applications and save dalam smartphone (apa guna handphone mahal-mahal kan??) It’s FREE… YES, FREE. Untuk manusia macam aku yang masih belajar merangkak, aku dah downloaded 2 versions. English > English (Merriam-Webster Dictionary, yes…same with the pocket one) another version is English > Malay & Malay > English (Kamus Mini Eng – Malay)

3. Buku Rujukan


I love this book “Common English Mistakes”. Simple dan mudah faham. Penulis memberitahu kesalahan yang biasa kita lakukan samada pada penulisan atau perbualan. Kadang-kadang tersenyum sendiri sebab kesalahan yang selalu aku buat turut tersenarai dalam buku ni…hehehe…
Ini antara yang aku dah study dan ingat sampai sekarang dan akan ingat sampai bila-bila…





Look at no.36…sebab tu kat atas tadi aku bagitahu jangan pandang enteng dengan penggunaan huruf ‘s’.

4. Tempat Kerja
Ini semua adalah bergantung dengan rezeki dan keizinan Allah. Tetapi, kita boleh berusaha. Syukur sebab aku bekerja di syarikat yang menggunakan bahasa Inggeris on every communication tools. Emails, circulars, HR updates… semua menggunakan bahasa Inggeris. Ini sangat-sangat membantu.

5. Watch Oh My English

This is last but no least. Let's watch Oh My English! on Astro TVIQ...cara paling seronok dan santai untuk belajar...then baru senang nak ingat kan...Soooo, learn it well

Aku harap lepas ni, aku akan terus belajar dan belajar. Alangkah bahagianya kalau aku dapat menguasai sepenuhnya bahasa Inggeris. Jom kongsi cara kamu semua belajar bahasa Inggeris atau mungkin ada yang nak bagi tip. Takmo kedekut-kedekut okay?

Sharing is caring.

Hugs & Kisses.
.

Saturday, 30 March 2013

Unplanned & Short Holiday in Melaka

Unplanned holiday...short holiday...
Macam mana tiba2 boleh ke Melaka ni?? Haish...

Unplanned holiday ¬ sebab babysitter Adam minta cuti nak balik Melaka and dia ckp nak bawak Adam sekali...so aku konon2 standby la in case Adam mencari-cari "nenen" sebab my little man masih menyusu badan especially waktu malam (siang susu formula, malam susu original).

Short holiday ¬ Since dah planned nak buat birthday Adam, so tak boleh la lama2 nak cuti. Pergi hari khamis, then hari jumaat petang balik Kluang

Aku nak share experiences :

1. Kalau nak booking hotel, better booking via online because itu lebih menjimatkan. If kita booking via phone or walk-in, harga bilik adalah berbeza. Contohnya by online aku dapat harga RM170, but booking via phone, rate per room dah jadi RM200. So aku da save RM30 (banyak tu, boleh buat duit makan)

2. Kalau tempat2 yang kita nak pergi tu hanya sekitar di kawasan hotel, elok jika kita berjalan kaki sahaja. Jimat minyak. Boleh exercise and burn calories in our body. cewahhh!! Especially kalau kat Melaka town, amboiiii jalannya busy ya amat...lagi2 time cuti sekolah. Jenuh la nak mencari parking.  Berhimpit-himpit kereta...Macam aku stay kat Bayview hotel, so nak tak nak, memang kena naik kereta. Next time kalau nak ke Melaka, aku nak stay kat Hatten Hotel or Equatorial Hotel. Both hotel sangat2 strategik. Dikelilingi dgn Dataran Pahlawan, Mahkota Parade, A Famosa, Menara Taming Sari dan lain-lain.





Hey youuu... watch out!!! Hehehe....


Ok...itu sahaja...ada kerja nak buat. Nak prepare untuk event esok.

Hugs & Kisses