Monday, 8 April 2013

Kejadian Yang Tak Disangka-sangka


Isnin, 8 April 2013

Situasi – Boss aku minta tolong buatkan sesuatu *sesuatu yang tidak menyalahi agama atau undang²*
Kami berkerja in the same building, tapi berlainan floor.
Aku dan boss di tingkat 3
Abang R kat tingkat 1.

Begini kisahnya….

Boss : Izza, please help me to do this *sambil passing few documents*

Me : Ok

Lantas aku menghayun langkah menuruni anak tangga
Sesampai di kaunter (tingkat 1)

Me : Bang, tolong buatkan ni *sambil tunjuk documents*

Abang R : Saya da panggil next customer, tadi awak tak nak cakap *saya baru je sampai bang, takkan
                la tiba² saya nak cakap dari tadi*

Me : (dalam hati - ye la bang, saya tunggu)

Selepas 2 minit (Kejap je)

Abang R : Meh. *sambil ambil documents* Siapa punya ni?

Me : Boss

Abang R : En (dot dot) ni, 1 Malaysia kenal dia ke?

Me : Ye ke, kenapa? *blurrr*

Abang R : Kenapa dia tak nak buat sendiri?

Me : (Errkkk – just smile)

Abang R : You officer kan?

Me : Yes

Abang R : You buat apa ye kat atas? Orang kat bawah ni kerja macam nak mati

Me : (Errkkk – just smile) *again*

Bila da settled everthing, aku says thank you and blah sambil tersenyum.

Points of the day:
1. Mereka tak nampak kerja apa yang kita dah buat, TETAPI mereka nampak apa yang kita tak buat. Senang cakap, salah orang nampak, salah sendiri tak tahu/sedar.
2. Don’t judge a book by its cover *blueekkk…da nak termuntah dengar pepatah ni, TETAPI memang itulah hakikatnya* Nampak je pendiam, tapi mulut…nauzubillah…
3. Negative people enjoy arguing. Just let it be. Smile and walk away. Tataaa…
4. Don’t forget to say thank you. Nak sound, sound la bang…apapun terima kasih sebab abang tetap tolong saya. Harap² ada keikhlasan di hati abang *palmface*
5. Hoi…kau punya mati je la yang kau tau, aku punya mati ada kau ambik kesah *sambil angkat tangan, tunjuk siku*
6. Dan sebenarnya……. *aku sentap, perasaan yang aku tak sangka timbul*

Hugs & Kisses



Friday, 5 April 2013

Song Of The Day : Pesan Cinta (Afgan)

Haishh...this week, 3 kali aku terjumpa Afgan...
Murah rezeki namanya tu...Lucky me huh?
Dan hari ini terngiang-ngiang lagu baru beliau "Pesan Cinta" yang sangat catchy itu

Eh, lupa nak bagitau kat mana aku jumpa Afgan...
1st time jumpa hari selasa...semalam jumpa 2 kali...
Katanya nak promosi album baru...ntah apa tajuknya, tak ingat pulak...

Jumpa dalam TV la...bwahahaha...
Yang hari selasa tu kat rancangan Meletop
Semalam kat Wanita Hari Ini & Bukan Empat Mata (Channel 141, dalam pakej Indo Pek)

Jom layan....



Merah pipi ini saat ku lihat dirinya
Mungkinkah ini yang dinamakan cinta
Malu hati ini saat ku tatap wajahnya
Mungkinkah ini yang dinamakan cinta
Tapi ku malu tuk mengatakan pada dirinya
Oh Tuhan tolong aku sampaikan pesan ini padanya
Agar dia tahu bahwa kini aku jatuh cinta
Oh Tuhan bantu aku temukan cara tuk mendapatkan dia
Karena kini ku telah jatuh cinta
Malu hati ini saat ku tatap wajahnya
Mungkinkah ini yang dinamakan cinta
Tapi ku malu tuk mengatakan pada dirinya
Oh Tuhan tolong aku sampaikan pesan ini padanya
Agar dia tahu bahwa kini aku jatuh cinta
Oh Tuhan bantu aku temukan cara tuk mendapatkan dia
Karena kini ku telah jatuh cinta

(rasa cinta, saat ini ku hanya)
(tapi ku malu pada dirinya)
Tolong aku sampaikan pesan ini padanya
Agar dia tahu bahwa kini aku jatuh cinta
Oh Tuhan bantu aku temukan cara tuk mendapatkan dia
Karena kini ku telah jatuh cinta
Ku telah jatuh cinta (ku jatuh cinta pada dirinya)
Yeeaah (ku jatuh cinta pada dirinya)

Hugs & Kisses

Wednesday, 3 April 2013

K.A.H.W.I.N


K . A . H . W. I . N
Apa pendapat anda tentang perkahwinan??? 

Mungkin ada yang cakap "Oh, kahwin sekali seumur hidup, kalau boleh nak majlis yang grand, memorable dan sentiasa dalam ingatan" atau mungkin ada yang berpendapat "eh, buat apa nak buat besar-besaran sampai kena buat loan bagai, kang esok-esok anak dah sekolah, hutang loan kahwin tak habis bayar lagi"


Apa juga pendapat dan pandangan kamu semua...
TEPUK DADA, TANYA IMAN

Sebelum tu, jom baca ceritera menarik ini. Aku copy paste dari facebook. Terima kasih kepada penulis cerita ini. Sesuatu yang boleh kita renung dan fikir-fikirkan.

Dear someone and someone out there, PLEASE read this storyyy:'D

Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah. Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening?
Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.
Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.

Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.
Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

"Seganlah. Nanti orang kata apa."
"Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran."
Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.

Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.
Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!!
Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta.

Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.
Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda.

Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.
Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.
Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

"ukur baju dibadan sendiri"

Hugs & Kisses

Cara Meningkatkan Mutu,Gaya & Keunggulan Bahasa Inggeris :-)


Assalamualaikum…

2nd April 2013… How time flies. 1st quarter has gone and hopefully it’s going well.

Hari ni nak share macam mana cara aku belajar untuk tingkatkan bahasa Inggeris. Belajar secara informal melalui pemerhatian/pembacaan. Nak kata “tip-top” tu memang tak la… sangat-sangat jauh lagi. Bahasa Melayu pun adakalanya berterabur entah kemana… Rasanya macam tak tercapai, tapi aku masih belajar untuk menambah vocabulary aku dan sedang berusaha untuk membetulkan grammar…past tense, present tense, simple future tense dan lain-lain tense yang masih lagi tunggang terbalik. So, jangan aku yang “tension” sudah…Hehehe. And I’m measured by my own, out of 10, my level is at number 2 (maybe). Yeahhh…wish me luck to reach another level. This is what I do…

1. Media Social (Facebook, Twitter, Instagram, Blog etc)
Ya, memang terlalu banyak media social nowadays. Paling cikai pun mesti ada akaun Facebook or Twitter. Kalau segala benda nak sign-up, kadang-kadang rasa tak ter”update”. Setakat scroll atas bawah, baca status/tweet orang lain, itu mungkin kita mampu lakukan hari-hari (statement ini lebih terarah kepada tuan tanah ini J) . Ramai selebriti kat Malaysia ni bagus berbahasa Inggeris. Contoh Lisa Surihani, Adibah Noor, Hanis Zalikha, Sazzy Falak, Dr Harlina (dan ramaiiii lagi, hanya menamakan beberapa orang sahaja). Everytime baca status/tweet mereka, yang mana aku rasa menarik dan boleh diguna pakai semula, aku akan tulis dalam buku. Bukan setakat tulis sahaja, aku akan research macam mana mereka menggunakan grammar, pengunaan ‘s’ (jangan pandang enteng). Kalau ada perkataan yang tak faham, aku akan rujuk kamus.
Aku juga pembaca setia blog Dr Halina, (www.barelysupermommy.com). Ayat beliau sangat simple dan mudah difahami. Let’s follow her on twitter, instagram and keek also (this is not a promotion…hehehe). And another blog is rnadiasabrina.blogspot.com Sangat-sangat suka cara penulisan beliau. Let’s check it out!!!

2. Kamus
Beli pocket dictionary dan bawa ke mana sahaja. Kecil dan ringan. 


Tapi kadang-kadang kita tertinggal/terlupa nak bawa. Nobody perfect kan?? Don’t worry. Kita boleh download macam-macam dictionary applications and save dalam smartphone (apa guna handphone mahal-mahal kan??) It’s FREE… YES, FREE. Untuk manusia macam aku yang masih belajar merangkak, aku dah downloaded 2 versions. English > English (Merriam-Webster Dictionary, yes…same with the pocket one) another version is English > Malay & Malay > English (Kamus Mini Eng – Malay)

3. Buku Rujukan


I love this book “Common English Mistakes”. Simple dan mudah faham. Penulis memberitahu kesalahan yang biasa kita lakukan samada pada penulisan atau perbualan. Kadang-kadang tersenyum sendiri sebab kesalahan yang selalu aku buat turut tersenarai dalam buku ni…hehehe…
Ini antara yang aku dah study dan ingat sampai sekarang dan akan ingat sampai bila-bila…





Look at no.36…sebab tu kat atas tadi aku bagitahu jangan pandang enteng dengan penggunaan huruf ‘s’.

4. Tempat Kerja
Ini semua adalah bergantung dengan rezeki dan keizinan Allah. Tetapi, kita boleh berusaha. Syukur sebab aku bekerja di syarikat yang menggunakan bahasa Inggeris on every communication tools. Emails, circulars, HR updates… semua menggunakan bahasa Inggeris. Ini sangat-sangat membantu.

5. Watch Oh My English

This is last but no least. Let's watch Oh My English! on Astro TVIQ...cara paling seronok dan santai untuk belajar...then baru senang nak ingat kan...Soooo, learn it well

Aku harap lepas ni, aku akan terus belajar dan belajar. Alangkah bahagianya kalau aku dapat menguasai sepenuhnya bahasa Inggeris. Jom kongsi cara kamu semua belajar bahasa Inggeris atau mungkin ada yang nak bagi tip. Takmo kedekut-kedekut okay?

Sharing is caring.

Hugs & Kisses.
.