Wednesday, 3 April 2013

Cara Meningkatkan Mutu,Gaya & Keunggulan Bahasa Inggeris :-)


Assalamualaikum…

2nd April 2013… How time flies. 1st quarter has gone and hopefully it’s going well.

Hari ni nak share macam mana cara aku belajar untuk tingkatkan bahasa Inggeris. Belajar secara informal melalui pemerhatian/pembacaan. Nak kata “tip-top” tu memang tak la… sangat-sangat jauh lagi. Bahasa Melayu pun adakalanya berterabur entah kemana… Rasanya macam tak tercapai, tapi aku masih belajar untuk menambah vocabulary aku dan sedang berusaha untuk membetulkan grammar…past tense, present tense, simple future tense dan lain-lain tense yang masih lagi tunggang terbalik. So, jangan aku yang “tension” sudah…Hehehe. And I’m measured by my own, out of 10, my level is at number 2 (maybe). Yeahhh…wish me luck to reach another level. This is what I do…

1. Media Social (Facebook, Twitter, Instagram, Blog etc)
Ya, memang terlalu banyak media social nowadays. Paling cikai pun mesti ada akaun Facebook or Twitter. Kalau segala benda nak sign-up, kadang-kadang rasa tak ter”update”. Setakat scroll atas bawah, baca status/tweet orang lain, itu mungkin kita mampu lakukan hari-hari (statement ini lebih terarah kepada tuan tanah ini J) . Ramai selebriti kat Malaysia ni bagus berbahasa Inggeris. Contoh Lisa Surihani, Adibah Noor, Hanis Zalikha, Sazzy Falak, Dr Harlina (dan ramaiiii lagi, hanya menamakan beberapa orang sahaja). Everytime baca status/tweet mereka, yang mana aku rasa menarik dan boleh diguna pakai semula, aku akan tulis dalam buku. Bukan setakat tulis sahaja, aku akan research macam mana mereka menggunakan grammar, pengunaan ‘s’ (jangan pandang enteng). Kalau ada perkataan yang tak faham, aku akan rujuk kamus.
Aku juga pembaca setia blog Dr Halina, (www.barelysupermommy.com). Ayat beliau sangat simple dan mudah difahami. Let’s follow her on twitter, instagram and keek also (this is not a promotion…hehehe). And another blog is rnadiasabrina.blogspot.com Sangat-sangat suka cara penulisan beliau. Let’s check it out!!!

2. Kamus
Beli pocket dictionary dan bawa ke mana sahaja. Kecil dan ringan. 


Tapi kadang-kadang kita tertinggal/terlupa nak bawa. Nobody perfect kan?? Don’t worry. Kita boleh download macam-macam dictionary applications and save dalam smartphone (apa guna handphone mahal-mahal kan??) It’s FREE… YES, FREE. Untuk manusia macam aku yang masih belajar merangkak, aku dah downloaded 2 versions. English > English (Merriam-Webster Dictionary, yes…same with the pocket one) another version is English > Malay & Malay > English (Kamus Mini Eng – Malay)

3. Buku Rujukan


I love this book “Common English Mistakes”. Simple dan mudah faham. Penulis memberitahu kesalahan yang biasa kita lakukan samada pada penulisan atau perbualan. Kadang-kadang tersenyum sendiri sebab kesalahan yang selalu aku buat turut tersenarai dalam buku ni…hehehe…
Ini antara yang aku dah study dan ingat sampai sekarang dan akan ingat sampai bila-bila…





Look at no.36…sebab tu kat atas tadi aku bagitahu jangan pandang enteng dengan penggunaan huruf ‘s’.

4. Tempat Kerja
Ini semua adalah bergantung dengan rezeki dan keizinan Allah. Tetapi, kita boleh berusaha. Syukur sebab aku bekerja di syarikat yang menggunakan bahasa Inggeris on every communication tools. Emails, circulars, HR updates… semua menggunakan bahasa Inggeris. Ini sangat-sangat membantu.

5. Watch Oh My English

This is last but no least. Let's watch Oh My English! on Astro TVIQ...cara paling seronok dan santai untuk belajar...then baru senang nak ingat kan...Soooo, learn it well

Aku harap lepas ni, aku akan terus belajar dan belajar. Alangkah bahagianya kalau aku dapat menguasai sepenuhnya bahasa Inggeris. Jom kongsi cara kamu semua belajar bahasa Inggeris atau mungkin ada yang nak bagi tip. Takmo kedekut-kedekut okay?

Sharing is caring.

Hugs & Kisses.
.

No comments:

Post a Comment